Sabtu, 28 Jun 2014

Kayuhan Penutup Syaaban / Sebelum Puasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada hari Sabtu bersamaan 28 Jun 2014 atau 30 Syaaban 1435 yang lepas, kami cuba untuk kayuh offroad last sebelum bermulanya bulan mulia, bulan Ramadhan. Setelah panjang lebar sembang, last-last PCP jugak menjadi tempat untuk melepaskan gian kaki-kaki para riders. Seawal jam 07:30am berkumpul di Post Pengawal TPC, pada mulanya kami bertiga, Farid, Yus & Kamal. Kamal first time nak kayuh kat PCP ni, namun dikejutkan dengan kehadiran "Naim the Silent Rider After Married" yg pada mulanya tidak dapat join disebabkan sebab-sebab yang tertentu.

Kayuhan bermula dari Taman Pinggiran Cyber menuju ke PCP mengikuti jalan ke dengkil. Masing-masing dengan semangat nak layan kayuh offroad sebelum puasa. Malang menimpa apabila salah seorang dari riders putus rantai.....hilang stim nak kayuh weiiii...kekekeke....selebihnya jom layan gambo....






Ahad, 8 Jun 2014

Karnival Kuntau


Kayuhan Kuntau muncul kembali buat kali ke-2, dengan motto baru, BE THE KING, BE THE BEST...
KUNTAU DARE TO BE DIFFERENT. Kayuhan Kuntau kali ini betul-betul menjanjikan kelainan yang sememangnya lain dari yang lain. Kali ini The Phantom Crank disertai 3 rider kental terdiri daripada Farid Kental, Fahmi Kental & Yus Buntal (opssss Kental, sorry boss, hihihi..). Perbezaannya sangat-sangat berbeza dan keseronokkannya dialami oleh yang menyertainya sahaja. Karnival Kuntau kali ini adalah platform untuk para riders TPC membuktikan yang mereka "can be the king and can be the best".

Antara perbezaan ketara Kayuhan Kuntau kali ini adalah :-
1. Event diadakan selama 2 hari/1 malam.
2. Dua acara iaitu Race dan Jamboree.
3. Format race yang menarik dan mencabar (team relay atau berganti-ganti).
4. Jamboree bermula di laluan off-road.
*** teks dipetik dari bikeaway.com.my


Namun, mmg Kayuhan Kuntau kali ini mmg betul-betul mencabar kekuatan kaki para riders, manakan tidak, last Rider Fahmi Kental menamatkan Jamboree pukul 03:30 petang....apakejadah kayuh sampai 7 jam untuk 40++km....banyak pujian dan tidak kurang tohmahan yang diterima pihak Kuntau akibat menyajikan trail yg ekstrem....apa-apa pun tahniah buat pihak Kuntau dan sudah pasti kami akan kembali lagi (jika ada edisi ke-3), hehehehe....