Rabu, 29 Oktober 2014

Onroad di Malam Hari

Alhamdulillah dengan izin kuasaNya kami berkesempatan membuat kayuhan di waktu malam. Bagi kayuhan malam ini, kami sekali lagi mengikuti team dari Puchong, XTR. Kali ni kita layan onroad lagi, bukannya apa, hujan petang tu lebat sangat, jadi masing-masing malas nak masuk offroad. Hehehe....
Tempat berkumpul, menanti para peserta kayuhan

Di pertengahan, sedikit tips diambil dari Pro Rider, Mr. Kumar

Ambil peluang mengambil gambar, hehehehe..

Wahhh, Yus & Kamal dah power, boleh kayuh long distance

Sessi mengambil nafas....

Lagi perbincangan diadakan, tips-tips yang berguna...

Penceritaan sedikit berkenaan MCR tempoh hari

MCR Best, kata Kumar...

Kumar dgn Roadbikenya...

53.34, fewwwwhh...
Lepas habis kayuh, sempat minum malam di Restoran Baraketh Asrin sambil mengambil tips-tips berguna dan juga perbincangan mengenai next Jamboree Ride. Kayuhan berakhir 1.00 malam...

Ahad, 26 Oktober 2014

Kayuhan Ceria Putrajaya Okt. 14

Yeah, Funride lagi. Kali ini kami layan Funride Putrajaya pulak. Kayuhan Ceria Putrajaya yang diadakan setiap minggu ke-4 setiap bulan menarik perhatian kami memandangkan kami pun takde apa-apa event minggu tu. Jadi kita layan ajelah Funride. Jom kita layan gambarte....































Sabtu, 25 Oktober 2014

Menimba Ilmu di China

Farid, Yus & Kamal berkesempatan berkayuh di China, tak percaya, jom lihat sedikit gambar yang dikongsikan....


Haaa...kan dah cakap, derang kayuh di China bak kata pepatah, "menimba ilmu biarlah sampai ke negeri China", kekekeke....sebenarnya gambar ini ditangkap di Putrajaya, Precint 4. Bangunan yang telah dibina sempena persahabatan 2 negara antara Malaysia-China, jadi diorang bina la tempat ni sebagai tanda peringatan/persahabatan yang terjalin antara 2 buah negara. Kami bertiga kayuh onroad je hari tu disebabkan Hujan Lebat ya amat malam sebelumnya...hehehe...

Rabu, 22 Oktober 2014

Recce Trail Jamboree Maeps

Sempena sambutan deepavali lepas, satu aktiviti kayuh kenal trek jamboree maha telah di adakan secara tidak sengaja. Pada awalnya, kami cuma nak redah trek sambil berkenalan dengan rider dari S3C. Tapi, telah di takdirkan hari itu encik Eddy selaku salah satu tenaga penganjur dalam event kali ni berbesar hati membawa kami mengenal trek jamboree yang bakal di adakan.
Menurut naim,  janji dengan peserta dari s3c adalah seawal 8 pagi dan akan berkumpul di gate 2 maeps. Tapi atas sebab yang x dapat di elakkan naim sampai hampir 8.30am. Natijah dari kelewatan itu, kami terjumpa dengan Encik Eddy yang akhirnya bersetuju untuk membenarkan kami recce trail tersebut.
Trek sepanjang lebuh kurang 25KM full loop di akui trek yang menarik untuk latihan berbukit bak kata Anwar Manan.
Hari hujan sebelum kayuhan menambah seksa pengayuh untuk kayuhan hari ini. Bayangkan,  Bukit pertama lagi dah ada rider yang terjatuh gara2 tak sempat bukak clip.
Naim dan Kamal berjaya menghabiskan full loop, manakala Fahmi terpaksa tarik diri awal sebab dalam kumpulan kayuhan Fahmi hari tu ada seorang pakcik yang ada masalah kesihatan.
Keseluruhan trail boleh dilihat pada wajah letih naim di akhir kayuhan. Akhir kata dari saya,  jom enjoy gambar2 yang sempat di ambil pada hari kejadian.