Rabu, 1 Julai 2015

Tutorial Belasah Saja: Tukar Fork

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua.

Bulan Ramadhan datang lagi. Bagi seluruh Umat Islam pembaca Blog The Phantom Crank, kami mengucapkan selamat berpuasa semoga amala ibadah kita sama-sama di berkati oleh Allah S.W.T.

Bulan Puasa bukan bulan bagi kita bermalas-malasan. Basikal yang di simpan boleh mengumpul habuk. Memandangkan ada masa terluang, Saya bercadang cuba-cuba tukar fork basikal Tapir ke XDS gold.

Langkah-langkah menukar fork:

1. Buka skru atas stem.


2. Gambarajah setelah top cap di tanggalkan.

3. Gambarajah tanpa top cap yang lebih jelas.

4. cabut kabel dari fork.

5. Cabut Brake Caliper dari fork.

6. Brake caliper yang lebih jelas.

6. perbezaan Fork saiz 26 dan 29 

7. Pasangkan fork baru mengikut urutan.

8. Pastikan bearing atas dan bawah di masukkan .

9. Skru bahagian topcap sebelum skru bahagian tengkuk untuk memastikan fork tidak bergoyang. jangan terlampau ketat untuk mengelakkan fork lock.
8. allignkan hndle basikal dengan tayar.
9. Ketatkan bahagian tengkuk Stem.
10. Uji basikal anda.

11. Siap.


Tutorial Belasah Saja: Servis Fork.

1. Tanggalkan brake caliper dan segala kabel yang tak berkaitan dar bahagian bawah fork.

2. Nat ni saiz sepuluh ada di bahagian kiri dan kanan bawah fork.

3. Ini di kanan fork.

4. Peralatan basic untuk servis fork. Sepatutnya x boleh guna wd40 sebab wd40 akan menghakis bahagian getah fork. sepatutnya guna industrial grease. tapi sebab xde, belasah aje lah.

5. Gunakan spana saiz 10 untuk membuka nat di tapak fork.

6. rupa tapak fork selepas brake caliper di tanggalkan.

7. Rupa fork setelah di tangglkan kulitnya. Lap bahagian kotor tu dengan span atau air sabun untuk menganggalkan kotoran dan karat.

8. Lap sampai kering bahagian dalam fork untuk mengelakkan karat.

9. Sapukan grease pada bahagian dalam fork. 
10. Cuci dan keringkan tiub luaran fork.
11. Pasangkan kembali mengikut urutan.

Siap!

Isnin, 13 April 2015

NS NATURE MTB JAMBOREE 2015 SERI 2 - JERAM TENGKEK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jambori kali ni bertempat di Jeram Tengkek, Batu Kikir Negeri Sembilan. Kali ini Farid, Kamal, Yus, Naim, Kumar (Xtreme Rider) dan Fahmi menjadi wakil the phantom Crank. 

Trek yang di sajikan terbahagi kepada dua bahagian. Kenapa kami kata 2 bahagian? Hah! inilah surprise yang di sediakan pengajur Perpatih Cycling. Dengan ketinggian trek maksima 161M dari atas paras laut, Kami menganggap, ini cabaran mudah. Tetapi bagi sweeper kayuh taman macam Fahmi, kayuhan kali ini mengambil masa hampir 2 jam 30 minit.

Perjalanan di mulakan dengan laluan kampung sepanjang lebih kurang 7KM. melalui kawasan pedalaman, Guntur, kampung pauh, Kampung tapak dan lain2 kampung lagi. Kemudian, kami di sajikan dengan trek ladang getah uphill dan downhill. Kebanyakkan single trail. Hujan semalam menyebabkan trek sejuk dan licin. Penganjur tidak mengabaikan aspek keselamatan dengan meletakkan tanda bahaya dengan terang dan nyata.

Selesai dari trek ladang getah, kami masuk ke area sawit mungkin keluar di area Juasseh? Trek on road yang pendek dan di sambung semula dengan trek kerikil sawah dan sedikit jalan kampung.

Jalan Keluar kami di kem pusako. Dan terus ke jalan besar di kampung Tapak. oh, nampaknya hanya tinggal 15KM menurut marshal. Kebetulan, Dalam hutan, geng nubis kubis sweeper mula terpecah kepada beberapa kumpulan. Mulanya Sweeper kami berkayuh dalam kumpulan 3 orang. Tetapi, Akibat masalah rantai tercabut, Fahmi di tingglkan. Mujur x lama sebelum jumpma jalan tar semula. Cuak jugak rasanya dok dalam hutan sorang-sorang di tempat orang. Jalan keluar di Kem Pusako, Fahmi di sambut oleh DUN Juasseh YB Dato' Mohammad Razi bin Kail DSNS. 

"Ramai lagi kayuh kat belakang tu?" Sapa beliau.

"Biasanya kalau belakang saya, dah xde orang kayuh tuan, Yang belakang saya bukan kayuh tu, main-main je tu" Jawap fahmi dengan nada bergurau sebelum tau yang menegur tu adalah YB. Sempat masuk dalam video tu.

Sesudah Kem Pusako, melalui jalan tar di Kampung tapak, Rider masih lagi tak puas. Maklum lah, baru satu jam, takkan dah nak habis dah kot. Boleh nampak signboard jeram tengkek 4.5KM.Hmmm.. Tak mencabar langsung fikir sweeper. Tiba-tiba di hadapan, Ada marshal tunjuk tangan ke kiri. Alamak! ada off road lagi? Huhuhu. Anda minta, anda dapat.

Kayuhan Offroad dalam ladang sawit yang menguji stamina yang dah tinggal suku. Bila berjaya mendaki bukit yang pertama di suku yang terakhir, Ramai dah rider yang tumpas. Ada yang tergolek, Ada yang baring, ada yang dah pitam, dan ada yang kehabisan air. Inilah cabaran namanya. Sori lah bang, aku nak kongsi air, air aku pon dah habis ni.

Kayuhan mesti di teruskan. Dah lambat sangat dah ni. Nanti takut orang lain mandi jeram aku x dapat. Berbekalkan gambaran jeram yang menarik dan sejuk lagi mendamaikan, Sweeper pon meneruskan kayuhan tanpa rasa jemu. 

Keputusan Overall bagi team The Phantom Crank seperti berikut:

1) Farid 49
2) Kumar 66
3) Yus 270
4) Naim 303
5) Kamal 361
6) Fahmi 603

Apa-hal pon, event kali ni memang terbaik. 95% rideable. approved by sweeper pancit.

Jom layan gambar2. 
Jumpa lagi next event Cyberjaya Jamboree 26/4/2015!

Assalamualaikum!


























Sabtu, 14 Mac 2015