Isnin, 23 Mei 2016

Jambori Dusun Tua

Assalamualaikum semua. Lama kami menyepi bukan bermaksud kami dah muak atau jelak bermain basikal. Cuma kami ketandusan idea untuk menulis pasal aktiviti kami ketika ini.

22/5/2016 bersamaan 15 Syaaban berlangsungnya acara #twinster dusun tua mtb jambori. Secara keseluruhannya trail yang di sediakan amat lazat dan menarik perhatian kami. 

Pada mulanya the Phantom Crank di wakili oleh Farid, Kumar, Naim, Yusnizam,  Kamal dan Fahmi.  Tapi yus terpaksa menarik diri di saat akhir gara² di syaki menghadapi denggi.

Trail Jamboree kali ini bermula di ikt bn dusun tua. Cuaca hujan sedikit renyai pada pagi hari atur cara. Trail bermula on road. Naim memecut laju tanpa sadar diri di ikuti oleh pamie dan kamal. Farid yang demam dan penat jambori elmina sehari sebelum kejadian bermula slow di jalan raya mungkin ingin mengumpul tenaga. Kemudian melalui jalan kampung dan Off road kami di sajikan dengan bukit 3 beradik.

Lebih kurang 0.5km dari garis mula, tuan pengerusi mula menunjukkan betis. Jentera ghost 27.5 terus di seksa tanpa belas kasihan. Dengan sedikit tolakan pada pamie, Farid terus memecut dan semakin di hadapan ibarat iklan motor.

Ada 3 puncak tinggi (paling tinggi 250m habaq hang!!). Tapi alhamdulillah kesemua peserta dapat menamatkan kayuhan dengan penuh bergaya. Tak lupa juga ada kanopi yang sejuk mata memandang di samping jalan kampung yang sangat nyaman dan segar. Air sirap limau pasar ramadhan kat water station 2 pon sodap baq hang. Pamie siap berenti topup air hang tau..

Jambo kali ini juga melakar sejarah tersendiri di mana Sweeper kami telah berjaya mengeluarkan diri dari kelompok Sweeper.  Bak kata naim, Sweeper kami bukan biasa² baq hang..

Nikmati gambar sepanjang acara yang di ambil dari fb twinnies.