Selasa, 20 Januari 2015

NS Nature MTB Jamboree 2015 (SE Series)

Tahun Baru 2015 telah pun bermula. Telah pun masuk hampir 2 tahun penubuhan kelab basikal TPC ini, hehehe...apalagi kita sembang Jamboree ler....kekeke..

Untuk tahun baru ini, NS Nature Jamboree, anjuran Perpatih Cycling Club telah pun diadakan pada 17 Januari 2015 dan menarik perhatian kami untuk menyertainya. Farid, Naim, Kamal, Fahmi & Yus telah pun menyahut cabaran yang diadakan di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pintu Gerbang Sri Menanti

Masjid tempat kami menunaikan Solat Subuh
Tiba dalam pukul 06.00 pagi, tanpa berlengah masa kami pun bersedia untuk menunaikan Solat Subuh. Alhamdulillah Masjid berdekatan je dengan tempat pelepasan. Segala urusan berjalan lancar pada pagi itu.
Kamal mengurut urat besi nya dengan WD-40...


Hajat dihati nak tapau Naim & Kamal...

Kamal ngantuk nak tido ke??

Lautan Rider-rider tegar...terbaikkk!!!

Naim buat latihan kemam....










Apa la yg korang intai ni ek?

Uishhh, brader ni taf betoiii....kekekeke



Konsentrasi bermulaaaa....


Sedikit gambaran di starting point pada pagi itu. Seawal 07.00 pagi kami telah pun berada disitu. Ok lah, dapat jugak lah tempat yg agak hadapan.











Wahh, walaupun hanya 26km sahaja yang disajikan, ianya merupakan satu trail yang menguji ketahanan para riders-riders tegar, hehehe....onroad & offroad sama rata 50%. Layan jugak fast trail ni.





Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semuanya berpuas hati dengan trail yang disajikan. Semoga penganjur dapat menganjurkan lagi Jamboree hebat seperti ini di masa akan datang. Sekian wassalam...


Rabu, 24 Disember 2014

International MTB D'Paya Indah Wetlands 2014

International MTB D'Paya Indah Wetlands 2014 telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad lepas. Farid, Fahmi & Naim tidak melepaskan peluang bagi menyertai Jamboree yang juga menandakan perjuangan The Phantom Crank setahun yang lalu...kekekeke. Ahli-ahli tahun lepas seperti GgLong Seng, Azam, Lan & juga Naim (kawan Lan) tidak kelihatan. Namun dengan semangat juang yang dimiliki para riders TPC, kami harungi jua jamboree ini bertiga (apada ayat nih...hihihihi...)

Bertolak ke lokasi sesudah Subuh, alhamdulillah kami masing-masing dapat port baik punya untuk starting Jamboree. Jom kita usha sikit gambo-gambo yg sempat kita snap pada hari kejadian tersebut :-

























Hampa tgk la dari langit gelap lagi kami dah ada kat starting line, sampai la langit cerah dok ada kat situ lagi, sampai menguap-nguap la aku....kekeke...punya lah nak dok depan tak mau jem punya pasai. Selain dari itu, kami juga ditemani dengan nyamuk-nyamuk Paya Indah (selama ni dok gigit buaya ngan badak sumbu), hari kejadian nyamuk-nyamuk tu makan sedap la, darah manusia...hahahaha. Jom layan gambo dalam trail pulak :-









Haaa...tu dia, mcm-mcm ado, gambo Fahmi ado, gambo Farid pun ado, tapi mano p gambo Naim, ntahlah dia malu kot, nampak cameraman je dia nyorok....dia mmg pemalu orangnya. Pantang nampak cameraman dia mesti nyorok, pasaiapa tak tau....kah kah kah...





Alhamdulillah di penghujung jalan, Farid berjaya menempatkan diri antara 19 penunggang basikal terpantas (Jamboree) pada kali ini, dan berjaya beroleh nombor 7 bagi kategori Men Junior Master. Yang lain-lain tu hampa tengok kat gambaq dah laa...penulis blog dah tak larat nak tulih banyak-banyak sebab hujung tahun banyak reja oiiii...(maap la naa, hujung tahun maklum sajalah noo....hihihi)

Sehingga berjumpa di coretan lain...peace no war....wassalam....