Memaparkan catatan dengan label MTB Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MTB Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2016

Kayuhan Santai The Phantom Crank Thanks #LazadaMY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada bulan puasa lepas, kebetulan Fahmi telah berkesampatan menyertai satu pertandingan #NikmatDiKongsiBersama yang di anjurkan oleh #LazadaMY. Hadiah pertandingan tersebut merupakan sebuah Action camera Foream X1. Action camera yang boleh di pakai ibarat cekak dahi memang ada gaya futuristik. Memandangkan hadiah di terima semasa bulan puasa, ni dah raya ni baru lah kami ada masa untuk mencuba uji gadget ni. Saksikan dan nilaikan sendiri..

Cantik kan? inilah dia #NikmatDikongsiBersama Sweeper.. Haha.. Terima kasih daun keladi +Lazada Malaysia

Isnin, 23 Mei 2016

Jambori Dusun Tua

Assalamualaikum semua. Lama kami menyepi bukan bermaksud kami dah muak atau jelak bermain basikal. Cuma kami ketandusan idea untuk menulis pasal aktiviti kami ketika ini.

22/5/2016 bersamaan 15 Syaaban berlangsungnya acara #twinster dusun tua mtb jambori. Secara keseluruhannya trail yang di sediakan amat lazat dan menarik perhatian kami. 

Pada mulanya the Phantom Crank di wakili oleh Farid, Kumar, Naim, Yusnizam,  Kamal dan Fahmi.  Tapi yus terpaksa menarik diri di saat akhir gara² di syaki menghadapi denggi.

Trail Jamboree kali ini bermula di ikt bn dusun tua. Cuaca hujan sedikit renyai pada pagi hari atur cara. Trail bermula on road. Naim memecut laju tanpa sadar diri di ikuti oleh pamie dan kamal. Farid yang demam dan penat jambori elmina sehari sebelum kejadian bermula slow di jalan raya mungkin ingin mengumpul tenaga. Kemudian melalui jalan kampung dan Off road kami di sajikan dengan bukit 3 beradik.

Lebih kurang 0.5km dari garis mula, tuan pengerusi mula menunjukkan betis. Jentera ghost 27.5 terus di seksa tanpa belas kasihan. Dengan sedikit tolakan pada pamie, Farid terus memecut dan semakin di hadapan ibarat iklan motor.

Ada 3 puncak tinggi (paling tinggi 250m habaq hang!!). Tapi alhamdulillah kesemua peserta dapat menamatkan kayuhan dengan penuh bergaya. Tak lupa juga ada kanopi yang sejuk mata memandang di samping jalan kampung yang sangat nyaman dan segar. Air sirap limau pasar ramadhan kat water station 2 pon sodap baq hang. Pamie siap berenti topup air hang tau..

Jambo kali ini juga melakar sejarah tersendiri di mana Sweeper kami telah berjaya mengeluarkan diri dari kelompok Sweeper.  Bak kata naim, Sweeper kami bukan biasa² baq hang..

Nikmati gambar sepanjang acara yang di ambil dari fb twinnies.

Selasa, 18 November 2014

Buaya & Badak

Sempena memenuhi permintaan birthday boy, Yus, kami sekali lagi kayuh melawat buaya & badak di Paya Indah. Kayuhan kali ini juga merupakan kayuhan pertama kali Zul ke sana, juga nak test basikal rojak power Fahmi body 26, tayar 27 & fork 29, kekeke....

Layankan gambo sudaaa :-