Khamis, 24 Julai 2014

Kayuhan Penutup Ramadhan 2014

Perghhhhhh!!!!! Itu je yang mampu kami ucapkan untuk kayuhan kali ini.....Farid, Naim, Yus & Kamal menyertai geng2 pro Rider kebanyakkannya dari Dr2 Team untuk menawan Kota Warisan. Bermula dari jam 10pm, kami mengangkut basikal-basikal power kami masuk ke dalam pengangkutan rasmi (lori Kamal, hehehe) untuk ke destinasi pengumpulan rider-rider hebat bertempat di Restoran Madina Maju Bistro, Dengkil. Setibanya disana, kami berkenalan dengan Pro-pro Rider yang bakal membawa kami ke destinasi seterusnya.

Permulaan yang agak lambat, lebih kurang jam 11:45pm kami mula berkayuh dari Restoran Mamak tadi. Kayuhan terbahagi kepada 2 kumpulan, kayuh laju dan kayuh slow. Kami berempat memilih untuk kayuh slow sudaaa (malu dow derang semua laju-laju).......Destinasi kayuhan Bukit Rashit, Bukit MIAT & 360.....Ternyata kami masih belum bersedia untuk menawan bukit-bukit itu (takpa next time insyaAllah).....cerita banyak tak guna jom kita layan gambar -->

*** Credit utk Gambar-gambar dari Pro Photographer Cyclomotion Abg Man














Kayuhan berakhir dalam pukul 3:15am dan kami pulang ke rumah hampir pukul 04:00am. Terima kasih diucapkan buat semua....semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan akan datang insyaAllah.....Sekian...


Isnin, 21 Julai 2014

Kayuh-kayuh Ramadhan

Assalamualaikum pembaca semua,
Bulan puasa ni, latihan jasmani untuk Teh Phantom Crank berjalan macam biasa.
Ada yang x larat kayuh siang,  kita kayuh malam pulak.
Ada macam-macam benda kami jumpa waktu kayuhan malam.  Antaranya,
1. Jumpa rider muntah masa panjat bukit LKW gara-gara melantak tanpa had masa berbuka.
2. Jumpa rider pancit,  pastu basikal pulak pancit.
3. Jumpa rider ditemani kon berjalan.
4. Jumpa rider aku okayy,  last minute senyap.
5. Jumpa sweeper mengelat sebab x kayuh,  tapi naik motor dengan alasan keselamatan.
6. Jumpa pokok sujud (walhal ribut sebab hari mau hujan).
7. Jumpa kancil demam lepas balik kayuh.
8. Jumpa opis KRU.



9. Jumpa jalan-jalan baru.

10. Jumpa lagi!



Hehehe.


Khamis, 17 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435 Hijrah

Assalamualaikum,
Bersempena bulan Ramadhan 1435H/2014M kali ini, kami warga The Phantom Crank ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Umat Islam.

Puasa kali ini The Phantom Crank atas inisiatif tuan pengerusi Encik Farid telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang bertempat di Skyview@11, AGC.

Majlis yang julung-julung kali di adakan terasa meriah dengan di serikan serikandi dan arjuna para pengayuh "tegar" The Phantom Crank.

Jom Layan Gambar2 sepanjang majlis berlangsung.

Ucapan kami, Puasa, Puasa Juga, Nyeroneh jangan lupa.
































 Kami Warga The Phantom Crank ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.