Ahad, 30 Mac 2014

Cyberjaya Revisit Part 2

Ini kali kayuh tanpa trophy, tanpa medal. Ini sebab tak puas kayuh dengan kayuhan MMU, Maka, Naza telah mengajak untuk revisit cyberjaya track buat kali kedua. Walaupun semalam penat sangat dengan kayuhan MMU, tapi kami gagahkan juga untuk kayuhan ini.

Rabu, 19 Mac 2014

Aksi Tok Bomoh

Bila badan dah penat, anda perlu rehat. Layan aksi tok Bomoh di bukit sayur. :)

Congrats Naza sebab lepas panjat bukit sayur first time! Gambar bakal menyusul kemudian, sementara itu kita layan video aksi-aksi ganas tok bomoh pilihan, wakakakakaka.....


Isnin, 10 Mac 2014

MH CYCLOMOTION JAMBOREE LASAK 360 2.0

Jamboree kali ini disertai oleh Farid dan Naim. Ini adalah komen dari encik Farid.

1. Farid dapat no. 164, Naim 748
2. Penganjuran terbaik setakat ini.
3. Trail the best
4. Penyertaan teramai
5. Hadiah utama basikal charge titanium 29er berharga 11k
6. Majlis habis sekitar jam 2.30 petang

Tepat Mantap Padat katanya..






Jumaat, 7 Mac 2014

Cara Menyimpan Basikal

Kita jumpa lagi kali ni dalam bahagian menyimpan basikal. Kalau nak tahu, kaedah penyimpanan basikal akan mempengaruhi jangka hayat basikal tersebut dan aksesori yang ada.

Cara 1: simpan luar rumah.
Walaupun anda menggunakan basikal off road tahan lasak, tetapi cara simpanan begini paling tidak selamat untuk basikal. Tambahan pula, basikal mudah di curi. Tentu anda tidak mahu kehilangan walaupun basikal anda di beli dengan duit ptptn anda. Tetapi, basikal anda, harta anda. Aksesori pada basikal juga akan cepat rosak/karat akibat faktor cuaca.

Cara 2: Simpan Dalam Rumah
Bagi orang yang mempunyai ruang dalaman rumah yang agak besar, atau memadai dengan stor sekangkang kera, anda boleh menyimpan basikal anda di dalam rumah. Jauh dari mata² yang memerhati dan selamat dari serangan cuaca. Selain itu, jika anda ada lebihan duit cukai pendapatan yang agak lumayan, anda boleh dilaburkan dengan membeli trainer set. Boleh anda kayuh walaupun dalam rumah dan jauh dari pandangan jiran yang kaki komplen basikal anda bising. Satu masalah ketara adalah bini yang berleter sebab anda terlupa basuh basikal setelah balik dari kayuhan off road paha indah. Hehehe.

Antara dua cara di atas, ada lagi asas menyimpan basikal yang anda perlu tahu.
Pertama: kedudukan gear
Pastikan gear anda berada dalam keadaan berehat dan bersih dari debu dan pasir sebelum anda merehatkan diri. Apa itu keadaan rehat? Ia adalah keadaan di mana gear depan dan belakang berada dalam gigi gear set paling kecil. Ini untuk mengelakkan rantai anda tegang dan kendur terlalu cepat.

Kedua: kebersihan luaran basikal.
Basikal anda amat mudah mengumpul habuk. Terutama selepas kayuhan. Penting untuk memastikan bahagian bergerak seperti gear, fork, FD dan RD bersih dan bebas habuk. Habuk akan terperangkap dan menyebabkan karat. Kadangkala memendekkan jangka hayat gear. Bayangkan anda penat kayuh, tokey kedai basikal dengkil yang kaya hasil dari kemalasan anda sendiri.

Ketiga: minyak
Sebelum pintu stor ditutup, pastikan tidak ada minyak lebihan di bahagian rantai, cable dan brek mineral yang meleleh keluar. Selain dari mengundang bebelan super dari teman serumah, ia juga akan menjadi punca masalah yang lebih besar seperti brek lose, tergelincir dek minyak dan sebagainya. Jadi lebih baik anda mengambil langkah berjaga jaga.

Sekian tips penyimpanan basikal, moga bertemu dalam post lain.

Rabu, 5 Mac 2014

Tukar Tiub

Kali ni kita belajar cara menukar tiub hasil nukilan penulis jemputan encik Totis.
1.Cabut menatang ni dulu

2.Kuarkan tayar dari rim

3.Tarik keluar tiub

4. Tarik keluar tayar dari rim

5. Tayar make sure ikut direction

6. Pasang tayar yang baru kemudian pam sedikit angin ke dalam tiub...jangan keras, memadai utk dimasukkan ke dalam tayar cukup...

7. Masukkan tiub ke dalam tayar

8. Setelah selesai masukkan tayar ke dalam rim, ketuk ketuk lah pada bahagian atas tayar di sekeliling supaya bahagian dalam tayar tak mengepit tiub dan mengakibatkan tiub bocor...

9. Seterusnya pam tayar

10. Pasang semula tayar ke basikal...cuma awas bahagian rantai & derailleur, bila buka cuba hafal bahagian derailleur...nanti mixed up



posted from Bloggeroid

Sabtu, 1 Mac 2014

Kayuhan Pengenalan Sahabat Baru

Team Phantom Crank Riders ada ahli baru. Dengan basikal Fuji yang dibeli dari pengerusi kelab, semangat tinggi untuk cuba melalui seksaan trek cyberjaya green ride.
Kebakaran hutan menjadi penghalang aktiviti hari ini.

Adi yang jarang dapat peluang kayuh pon turut serta aktiviti hari ini.
Tetapi di pertengahan jalan jadi terpaksa balik lantaran tiub adi Pancit.
Mungkin akibat latihan rahsia yang di jalani adi mengakibatkan tayar beliau Pancit.
Kita layan gambar auto awsome dari google photos dahulu.
Jangan bimbang akan ada lagi gambar bakal menyusul.







posted from Bloggeroid