Jumaat, 7 Mac 2014

Cara Menyimpan Basikal

Kita jumpa lagi kali ni dalam bahagian menyimpan basikal. Kalau nak tahu, kaedah penyimpanan basikal akan mempengaruhi jangka hayat basikal tersebut dan aksesori yang ada.

Cara 1: simpan luar rumah.
Walaupun anda menggunakan basikal off road tahan lasak, tetapi cara simpanan begini paling tidak selamat untuk basikal. Tambahan pula, basikal mudah di curi. Tentu anda tidak mahu kehilangan walaupun basikal anda di beli dengan duit ptptn anda. Tetapi, basikal anda, harta anda. Aksesori pada basikal juga akan cepat rosak/karat akibat faktor cuaca.

Cara 2: Simpan Dalam Rumah
Bagi orang yang mempunyai ruang dalaman rumah yang agak besar, atau memadai dengan stor sekangkang kera, anda boleh menyimpan basikal anda di dalam rumah. Jauh dari mata² yang memerhati dan selamat dari serangan cuaca. Selain itu, jika anda ada lebihan duit cukai pendapatan yang agak lumayan, anda boleh dilaburkan dengan membeli trainer set. Boleh anda kayuh walaupun dalam rumah dan jauh dari pandangan jiran yang kaki komplen basikal anda bising. Satu masalah ketara adalah bini yang berleter sebab anda terlupa basuh basikal setelah balik dari kayuhan off road paha indah. Hehehe.

Antara dua cara di atas, ada lagi asas menyimpan basikal yang anda perlu tahu.
Pertama: kedudukan gear
Pastikan gear anda berada dalam keadaan berehat dan bersih dari debu dan pasir sebelum anda merehatkan diri. Apa itu keadaan rehat? Ia adalah keadaan di mana gear depan dan belakang berada dalam gigi gear set paling kecil. Ini untuk mengelakkan rantai anda tegang dan kendur terlalu cepat.

Kedua: kebersihan luaran basikal.
Basikal anda amat mudah mengumpul habuk. Terutama selepas kayuhan. Penting untuk memastikan bahagian bergerak seperti gear, fork, FD dan RD bersih dan bebas habuk. Habuk akan terperangkap dan menyebabkan karat. Kadangkala memendekkan jangka hayat gear. Bayangkan anda penat kayuh, tokey kedai basikal dengkil yang kaya hasil dari kemalasan anda sendiri.

Ketiga: minyak
Sebelum pintu stor ditutup, pastikan tidak ada minyak lebihan di bahagian rantai, cable dan brek mineral yang meleleh keluar. Selain dari mengundang bebelan super dari teman serumah, ia juga akan menjadi punca masalah yang lebih besar seperti brek lose, tergelincir dek minyak dan sebagainya. Jadi lebih baik anda mengambil langkah berjaga jaga.

Sekian tips penyimpanan basikal, moga bertemu dalam post lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.