Rabu, 20 Ogos 2014

Menyusuri Paya Indah Wetland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersua lagi dalam coret-coret geng TPC, alhamdulillah pada Sabtu lepas bertarikh 16 Ogos 2014 bersamaan 20 Syawal 1435, kami sekali lagi berjaya merancang kayuhan bersama mengharungi liku-liku jalanan (apa la yg haku merepek nih, hehehe...) Perancangan bermula pada 2-3 hari sebelumnya dengan Fahmi menjadi mastermind utk kayuhan kali ini. Macam biasa, berkumpul di pos kawalan Taman Pinggiran Cyber jam 07:00am....



 Namun mcm biasa juga, janji pukul 07:00am,  namun janji dicapati, dicanai & ditosaikan....yenadeyyy (banyak lepak mamak Pelita lah ni)....last2 dekat pukul 08:00am jugak tayar golek. Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Kuasa, cuaca sangat cantik, diiringi dengan hujan renyai2 menyembah bumi. Kami kayuh dalam suasana sejuk pada pagi itu.






Kayuhan agak santai memandangkan ada riders yang injured. Namun semangat ingin teruskan harus diberi pujian untuk Tuan Naza kerana walaupun injured, beliau berjaya mengharungi kayuhan hingga ke Paya Indah. Pujian juga untuk En. Sweeper, Fahmi kerana sanggup menemani Naza hingga ke titis peluh yg terakhir.....perghhhh....


Sampai aje simpang masuk Paya Indah, masing-masing tak sabor nak kencing.....chehhhh (maklumlah sojuk kena hujan), pastu apa lagi, main nangkap-nangkap gambo depan Paya Indah punya signage....hehehe






Sampai aje Paya Indah, apalagi, masing-masing perut dah lapor.....makan le apalagi....masing-masing order makan tak hengat, nasib baiklah warung kedai tu ada makanan sikit aje, kalo idak mau licin makanan-makanan yang ade....kekekeke.

Last-last ni lah koje kami sebelum balik, panjat menara tinjau kat Paya Indah tu, tapi sebelum tu sempat le nengok Boye ngan Badak, terpesona ngan Boye ngan Badak sampai lupe nak amik gambo....hehehehe..itu jelah dapat dicoretkan buat kali ini, sehingga berjumpa dlm coretan lain slps ni, nyerongeh2 juge, moh kita berkayuh.....hihihi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.