Monday, April 13, 2015

NS NATURE MTB JAMBOREE 2015 SERI 2 - JERAM TENGKEK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jambori kali ni bertempat di Jeram Tengkek, Batu Kikir Negeri Sembilan. Kali ini Farid, Kamal, Yus, Naim, Kumar (Xtreme Rider) dan Fahmi menjadi wakil the phantom Crank. 

Trek yang di sajikan terbahagi kepada dua bahagian. Kenapa kami kata 2 bahagian? Hah! inilah surprise yang di sediakan pengajur Perpatih Cycling. Dengan ketinggian trek maksima 161M dari atas paras laut, Kami menganggap, ini cabaran mudah. Tetapi bagi sweeper kayuh taman macam Fahmi, kayuhan kali ini mengambil masa hampir 2 jam 30 minit.

Perjalanan di mulakan dengan laluan kampung sepanjang lebih kurang 7KM. melalui kawasan pedalaman, Guntur, kampung pauh, Kampung tapak dan lain2 kampung lagi. Kemudian, kami di sajikan dengan trek ladang getah uphill dan downhill. Kebanyakkan single trail. Hujan semalam menyebabkan trek sejuk dan licin. Penganjur tidak mengabaikan aspek keselamatan dengan meletakkan tanda bahaya dengan terang dan nyata.

Selesai dari trek ladang getah, kami masuk ke area sawit mungkin keluar di area Juasseh? Trek on road yang pendek dan di sambung semula dengan trek kerikil sawah dan sedikit jalan kampung.

Jalan Keluar kami di kem pusako. Dan terus ke jalan besar di kampung Tapak. oh, nampaknya hanya tinggal 15KM menurut marshal. Kebetulan, Dalam hutan, geng nubis kubis sweeper mula terpecah kepada beberapa kumpulan. Mulanya Sweeper kami berkayuh dalam kumpulan 3 orang. Tetapi, Akibat masalah rantai tercabut, Fahmi di tingglkan. Mujur x lama sebelum jumpma jalan tar semula. Cuak jugak rasanya dok dalam hutan sorang-sorang di tempat orang. Jalan keluar di Kem Pusako, Fahmi di sambut oleh DUN Juasseh YB Dato' Mohammad Razi bin Kail DSNS. 

"Ramai lagi kayuh kat belakang tu?" Sapa beliau.

"Biasanya kalau belakang saya, dah xde orang kayuh tuan, Yang belakang saya bukan kayuh tu, main-main je tu" Jawap fahmi dengan nada bergurau sebelum tau yang menegur tu adalah YB. Sempat masuk dalam video tu.

Sesudah Kem Pusako, melalui jalan tar di Kampung tapak, Rider masih lagi tak puas. Maklum lah, baru satu jam, takkan dah nak habis dah kot. Boleh nampak signboard jeram tengkek 4.5KM.Hmmm.. Tak mencabar langsung fikir sweeper. Tiba-tiba di hadapan, Ada marshal tunjuk tangan ke kiri. Alamak! ada off road lagi? Huhuhu. Anda minta, anda dapat.

Kayuhan Offroad dalam ladang sawit yang menguji stamina yang dah tinggal suku. Bila berjaya mendaki bukit yang pertama di suku yang terakhir, Ramai dah rider yang tumpas. Ada yang tergolek, Ada yang baring, ada yang dah pitam, dan ada yang kehabisan air. Inilah cabaran namanya. Sori lah bang, aku nak kongsi air, air aku pon dah habis ni.

Kayuhan mesti di teruskan. Dah lambat sangat dah ni. Nanti takut orang lain mandi jeram aku x dapat. Berbekalkan gambaran jeram yang menarik dan sejuk lagi mendamaikan, Sweeper pon meneruskan kayuhan tanpa rasa jemu. 

Keputusan Overall bagi team The Phantom Crank seperti berikut:

1) Farid 49
2) Kumar 66
3) Yus 270
4) Naim 303
5) Kamal 361
6) Fahmi 603

Apa-hal pon, event kali ni memang terbaik. 95% rideable. approved by sweeper pancit.

Jom layan gambar2. 
Jumpa lagi next event Cyberjaya Jamboree 26/4/2015!

Assalamualaikum!