Rabu, 5 November 2014

Kayuhan Jamboree MAHA 2014

Tanggal 2 November 2014 sekali lagi kami the Phantom crank mengambil bahagian dalam acara berbasikal. Kali ini jamboree bertempat di MAEPS serdang bersempena acara MAHA 2014.

Acara kayuhan bermula pada pukul 8.00 pagi. Cuaca hujan petang sehari sebelum pertandingan bermula dan awal pagi menjanjikan cabaran getir pada para rider. 

Selepas bacaan doa oleh penganjur, kayuhan pun dimulakan dalam hujan renyai-renyai.  Sekitar 2 KM pertama,  kamal selaku rescuer kami terpaksa menamatkan perlumbaan awal gara2 masalah rantai pada jentera beliau. Fahmi selaku Sweeper cuba membantu tetapi gagal sebab belum habis khatam belajar pasal rantai. 

Naim, Zulkhazmi dan yus telah jauh meninggalkan ahli lain tanpa jejak. Malah ahli baru zul telah mendahului naim di Bukit yang pertama. Manakala Fahmi hanya meneruskan kayuhan setelah Kamal memberi lampu hijau. 

Di KM ke-5, di mana rider mula meredah laluan off road ramai rider tersungkur gara-gara laluan berlumpur lantaran hujan lebat pagi tadi. Ada antara rider yang terpaksa menolak basikal mungkin sebab penggunaan tayar yang tidak sesuai atau kaki yang tak kuat kayuh. 

Laluan single lane juga punca utama kesesakan yang menjarakkan antara rider power dan weekend rider.  Di km ke 7 sekali lagi rider di sajikan dengan bukit. Kali ini lebih licin kerana rider terpaksa mendaki bukit berumput. Sekali lagi aksi tolak basikal beramai² bermula. 

Seksaan bukit tidak hanya tamat di situ. Menurut rider yang menyertai ada 2 atau 3 bukit yang rider terpaksa menolak, memanjat,  malah meminta tolong rider lain. Puncanya jalan yang terlampau licin akibat lumpur dan selut. 

Mujur semangat setiakawan dan tolong menolong masih menebal di kalangan rider di mana kami dapat melihat ada rider yang krem di tolong oleh kawan rider yang lain. Ada rider yang tolong tarik basikal rider lain untuk panjat bukit. Ada rider yang tolong gelak bila kawan dia tergolek. Oops, itu naim je. Hahaha. 

Secara keseluruhan, trek maeps adalah trek yang baik bak kata Anuar Manan. Walaupun jarak kayuhan hanya 20++KM tetapi rider berpuas hati. Majlis tamat sekitar 2Pm. Selebihnya, mari kita layan gamber² sekitar majlis berlangsung. 



Kasut bertuahh Yus
Junk beraksi memanjat bukit
300plus
Wajah ceria Mat Salji
Sweeper dan pomen beraksi
beraksi ermudPomen   bukit Kolam.
Selut! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.