Isnin, 10 November 2014

Spectrum Trailblazer Jamboree 2014

Farid, Naim, Kamal, Yus & Zul menyertai Jamboree kali ini yang bertempat di Pulau Indah, Klang. Seawal jam 06:00am, utusan dari The Phantom Crank bergerak menuju ke destinasi. Paling awal sampai Naim & Farid terus parking di hadapan garisan permulaan, diikuti Yus & Kamal, dan belakang sekali Zul.
Yus muka serius nak kalahkan Naim punya pasal...

Lautan Rider-rider tegar Jamboree semlm




Permulaan yang agak "basah" pada pagi itu kerana diikuti hujan gerimis menemani para pengayuh. Farid memecut laju di awal permulaan meninggalkan kawan-kawan yang lain. Trek agak basah namun memandangkan ini adalah "Easy Trail", masing-masing memecut laju untuk mendapatkan tempat terbaik dalam Jamboree kali ini.


Sedikit aksi-aksi yang sempat dirakamkan melalui lensa Cycling Malaysia Magazine. Terima kasih abg photographer....
Naim kegembiraan saddle bagnya berjaya dijumpai semula...

Sementara menunggu Penyampaian Hadiah & Lucky Draw

Abam Bomba tembak sikal...


Zul muka kepuasan kalahkan Naim...



Penat bang???


Yeah aku kalahkan Naim, kata Yus. Kamal plak lg sikit je nak beat Naim...

Plate Yus

Muka bengang, kekekeke...
Aksi-aksi selepas habis kayuhan. Masing-masing muka puas hati dengan trail yang disediakan. Cuma Naim muka agak tidak berpuas hati kerana persaingannya Yus & Zul berjaya mengalahkannya. Beliau selaku rider kedua terpantas dalam geng-geng TPC agak tidak berpuas hati dgn keputusan tersebut. Tidak cukup dengan itu, beg saddlenya pulak hilang dlm trail. Haduyaiii, nasib baik la ada abg marshall yang baik hati mengutip saddle bag dan pulangkan semula.

Yang best pada Jamboree kali ini adalah seorang rider TPC berjaya menempatkan diri antara 10 terbaik. Naik podium tuuu....tak lain tak bukan, Farid ler....kekeke. Pertama kali rider TPC berjaya naik podium, dimana beliau mendapat kedudukan yg ke-21 (keseluruhan) & kedudukan ke-7 (Men Junior Master). 













Terpancar wajah keceriaan di muka Farid. First time tu merasa naik podium. Jadilah merasa sekali pun udah bersyukur. Kekekeke....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.