Sunday, February 8, 2015

Kayuhan Kasih Sayang Bersama KMM

Pada Ahad lepas, satu kayuhan santai telah diadakan bagi memenuhi permintaan dari Team Kayuh Man Man (KMM) untuk melihat keindahan alam di bandar Cyberjaya. Pertemuan dengan mereka diadakan di Streetmall Cyberjaya berhampiran Terminal Bas jam 08:00 pagi.

Persiapan sebelum kayuh

Sessi Suai Kenal
Bila dah sampai, masing-masing mempersiapkan jentera masing-masing sebelum kayuhan dimulakan. Macam biasalah pagi-pagi sakit perut, nak terkucil, nak terbuang tidak kira kecil & besar. Pang pung pang, last-last start pukul 09 pagi tayar golek, hehehe...







Pada awal kayuhan, kami telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular yang mengalu-alukan kayuhan kami, agak terkejut jugak pada mulanya, hehehe. Alhamdulillah ular tu minta laluan hanya sementara, lepas tu segalanya berjalan lancar dengan kayuhan lebih kepada kayuhan kasih sayang (man man/slow slow) menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Kuasa. Kayuhan berakhir lebih kurang pada jam 11:30 pm.
Terima kasih pada semua yg menjayakan kayuhan ini.