Rabu, 22 Oktober 2014

Recce Trail Jamboree Maeps

Sempena sambutan deepavali lepas, satu aktiviti kayuh kenal trek jamboree maha telah di adakan secara tidak sengaja. Pada awalnya, kami cuma nak redah trek sambil berkenalan dengan rider dari S3C. Tapi, telah di takdirkan hari itu encik Eddy selaku salah satu tenaga penganjur dalam event kali ni berbesar hati membawa kami mengenal trek jamboree yang bakal di adakan.
Menurut naim,  janji dengan peserta dari s3c adalah seawal 8 pagi dan akan berkumpul di gate 2 maeps. Tapi atas sebab yang x dapat di elakkan naim sampai hampir 8.30am. Natijah dari kelewatan itu, kami terjumpa dengan Encik Eddy yang akhirnya bersetuju untuk membenarkan kami recce trail tersebut.
Trek sepanjang lebuh kurang 25KM full loop di akui trek yang menarik untuk latihan berbukit bak kata Anwar Manan.
Hari hujan sebelum kayuhan menambah seksa pengayuh untuk kayuhan hari ini. Bayangkan,  Bukit pertama lagi dah ada rider yang terjatuh gara2 tak sempat bukak clip.
Naim dan Kamal berjaya menghabiskan full loop, manakala Fahmi terpaksa tarik diri awal sebab dalam kumpulan kayuhan Fahmi hari tu ada seorang pakcik yang ada masalah kesihatan.
Keseluruhan trail boleh dilihat pada wajah letih naim di akhir kayuhan. Akhir kata dari saya,  jom enjoy gambar2 yang sempat di ambil pada hari kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.