Sabtu, 23 September 2017

Batu Pahat MTB Jamboree 2017

Pada sabtu lepas, bersamaan 23 September 2017, telah berlangsungnya satu event Jamboree yang bertempat di Seri Medan, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Jamboree yang dihoskan oleh seorang diva kayuhan MTB, tak lain tak bukan Pn. Mariam Kamal atau lebih dikenali dengan nama "Kak Yam" bersama-sama dengan teamnya iaitu XIRCOLO. Anjuran Jamboree kali ini berjaya menarik lebih kurang 700 peserta.


Seorang daripada ahli kami telah mendaftar untuk event ini bersama-sama dengan team yang tidak asing lagi dalam arena dunia berbasikal, iaitu Team Gerek Amanputra (GAP). Sehari sebelum event, mereka telah bergerak ke sana lebih kurang jam 03:00pm. Sampai di rumah Pak Jenal, sorg lagi otai GAP, lebih kurang jam 06:00pm, mereka pun masing-masing melabuhkan bontot kepenatan. Namun, pabila malam menjelma, masing-masing pun sibuk mencari makanan untuk sedikit tenaga sebelum melakukan kayuhan keesokan harinya.
Meehun Racun Power!!

Muka-muka penuh kenikmatan, hahaha

Memang padu Mee Racun nih!!
Hah, tak sah kalau datang Batu Pahat tak pekena Mee Racun nih. Pada mulanya, kami nyaris hampa pabila tokey kedai Mee Racun ni kata Mee dah habis!! Masing-masing muka dah kecewa. Namun nasib menyebelahi kami pabila Otai GAP, Pak Jenal slow talk dengan tokey kedai dan alhamdulillah, dapatlah kami menikmati rasa Mee Racun ini walaupun ianya bukanlah Mee, tapi Mihun, kikiki...



Team GAP, dari kiri Pak J, Nik, Rambo, Izan, Suhar, Ramdzan & Sahad
Hari yang dinanti telah tiba. Sebelum Subuh kami semua telah bersedia untuk kayuhan pada pagi itu. Sesudah Subuh masing-masing sibuk mengemaskan jentera untuk diletakkan pada permulaan garisan. Namun bila sampai je kat garisan mula, dah penuh basikal para peserta Jamboree. Kikiki, apa boleh buat, parking belakang pun belakang lah.





Sedikit aksi dari ahli kami dalam trail. Trail boleh dikatakan 100% rideable, walaupun ada sesetengah tempat menolak akibat jem dan jambatan. Overall mmg puas berkayuh. Ianya lebih kepada "fast trail", dimana semua tempat boleh kayuh laju-laju. Memang banyiak syiok wooo...

Hat ni paling rare ni, mana dpt medal cenggini kat event lain, hihihi
Sampai-sampai je ke garisan penamat, nah ko terkejut aku tengok medal ni, hehehe. Ada gambo Kak Yam ko, tapi iyelah, penganjur cuba menampakkan kelainan event ini dari event yang lain. Overall penganjuran event ni boleh dikatakan berjaya jugaklah.

Sebelum pulang kembali ke Cyberjaya, Otai GAP sekali lagi membawa kami merasa kenikmatan Mee Bandung Batu Pahat & Satay. Memang beza betul rasa Mee Bandung BP dengan Muar. Layin maciam rasanyer. Tapi apa boleh buat, hantam masuk perut lah wei, dah kayuh jauh-jauh, penat lak tu kasi isi perut balik laa. Overall, mmg BP MTB Jamboree mmg syiokkk!!!...

Sedikit video perjalanan kayuhan untuk tatapan anda semua. Enjoy!!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.