Selasa, 19 September 2017

Bukit Fraser Morning Ride

Pada Sabtu lepas bersamaan Hari Malaysia iaitu 16/09/2017, kami telah mengambil kesempatan cuti umum untuk cuba berkayuh menakluki Bukit Fraser. Kayuhan ini sebenarnya telah diaturkan oleh Tokey Danny, Pemilik Kedai Basikal Mobikes yang terletak di Putra Perdana, Puchong. Kayuhan kali ini terdiri daripada :-
1. Farid - The Phantom Crank
2. Danny - Extreme Riders
3. Sam - Titanium Team
4. Steven - Mobikes
5. Loh - Mobikes
6. Masri - Extreme Riders
7. Faizal - Extreme Riders
8. Abamm - Extreme Riders
9. Hairel - The Phantom Crank
10. Shawal - The Phantom Crank
11. Shahrin - Elbee
12. Mat E - DR2/LOL/Extreme Riders
13. Abg Ucop - League of Legends
Maka bermulalah kayuhan kami menuju puncak bukit Fraser. Jom layan gambo lu :-




Pagi-pagi lagi kami berkumpul di Restoran Mamak Baraketh Puchong untuk Sarapan Pagi. Kena sarapan la woii, gila tak sarapan nak kayuh memanjat bukit tuu...


Lebih kurang jam 08:00pagi kami tiba di lokasi, iaitu Kuala Kubu Baru. To be exact, Pejabat Pos Kuala Kubu Baru. Maka para peserta kayuhan bersiap sedia jentera masing-masing untuk kayuhan. Rupa-rupanya, pada hari yang sama, ada event kayuhan lain yang sedang berlangsung. Geng-geng HMR, Mountain Bikers & Pinky juga mengadakan kayuhan menaiki Bukit Fraser ni. Maka pagi tu mmg meriah ler dgn geng-geng Berbasikal...



Belum apa-apa lagi dah mendaki, umaiyaiii dakian yang pertama menuju ke Empangan dah hongeh bak kato orang nogori. Ponek weh mendaki, itu baru sampai Empangan. Patut ler ada daripada kami yang memulakan kayuhan dari Sg. Chilling. Tak aci betuii. Cerita seterusnya, layan ajelah gambo yang ade ye....kikiki

















Tudia, kayuh punya kayuh, alhamdulillah sampai jugak ke puncak. Tapi nak menyampaikan sampai ke puncak tu, hanya mereka-mereka yang kayuh ajelah tau cemana azabnya nak sampai keatas tuh. Hahaha..


Tengok lah cemana nak panjat tu, jenuh baq hang!!!

 Disertakan video Relive untuk rujukan sesiapa yang nak cuba kayuh naik ke Bukit Fraser :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.