Rabu, 27 September 2017

Kayuhan Pengenalan KHS sixfifty 500

Assalamualaikum....

Sahabat kami GG ahli asal The Phantom Crank telah berpindah kerja di kampung halamannya sejak 2 tahun lalu. Semalam, kami berkesempatan berkayuh kembali bersama beliau terlanjur beliau kini bertukar kerja di bandar Shah Alam.

Kayuhan bermula seawal jam 9malam. Kayuhan lambat gara2 Fahmi masih lagi belum biasa menggunakan basikal baru dengan shifter Sram GX. Nak pasang tayar pon satu masalah sebenarnya

Menggunakan jentera baru KHS sixfifty 650, kayuhan santai kadang2 ibarat tak cukup peluh. Kayuhan santai menjadi acara kejar mengejar.

Yus pon agak pantang di cabar untuk mahu membuktikan Deore was the best groupset. Tapi apakan daya Fahmi terpaksa memotong beliau di bukit bulu. Bukit bulu dah boleh tukar nama jadi bukit buli. 

Kayuhan hampir 37KM+ sekitar cyberjaya dan Putrajaya. Kayuhan tamat sekitar 12am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.