Pagi-pagi lagi dah berbunyi Wasap telefon masing-masing. Ada yang masih dalam tandas, ada yang baru bangun tidoq dan ada yang telah awal pagi bersarapan di Restoran Baraketh Asrin bertempat di Putra Perdana. Kamal dan Man start berkayuh dari Air Hitam, Puchong, manakala Naim start dari La Cottage, Puchong. Mereka menuju ke Pos Kawalan TPC untuk bertemu dengan seorang lagi rider, Farid.
Tepat jam 07.45am, maka kami memulakan kayuhan menuju ke Dengkil. Bila sampai Dengkil, Naim menyuarakan hasratnya untuk bersarapan pagi di Kedai Jep DR2/GBH. Maka kami pun masing-masing mengalaskan tekak dengan minuman panas & tidak lupa Roti Canai Power dari Kedai Jep.
Sejurus selepas bersarapan, maka masing-masing memulakan kayuhan, diikuti oleh Farid, Naim, Man dan juga Kamal. Belum habis lepas pekan Dengkil, tayar belakang Kamal pulak bocor. Maka kami pun terpaksa buat hentian kedua selepas bersarapan tadi. Nak jadi hal, tiub pulak takde, kedai basikal pun tak bukak lagi. Maka berhenti minum lagi buat kali kedua, kikiki...
![]() |
Apalagi, kita wefie duluu.... |
Tapi nak dijadikan cerita, jalan menuju Qcell pulak penuh dengan lori keluar masuk, katanya lori-lori ini terlibat dengan kerja-kerja tanah untuk pembinaan Highway Mex 2, maka akhirnya kami memilih untuk pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Kamal ada mencadangkan agar kami merasa Mee Udang berhampiran dengan Tesco Bukit Puchong, iaitu Restoran Dapur Utara. Maka apalagi tanpa membuang masa...
![]() |
Kedai Nampak cam biasa-biasa aja... |
![]() |
Perghhh, Mee Udang dia mmg PADU beb...hahaha. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Xkan baca je. Komen lah sikit.