Isnin, 8 September 2014

Gempax Hypertrax Rampage 2014

Fuuuuuu....dengor tajuk Jamboree kali ni agak x-treme. Kali ni ahli The Phantom Crank seramai 5 org (Farid, Fahmi, Kamal, Yus & Naim) menyertai Jamboree yang diadakan di Dengkil ni. Boleh kata Jamboree ni adalah kami punya territory lah camtu, kekekeke.....kami juga disertai oleh seorang rider dari Extreme Riders, Kumar Ramalingam.

Tepat jam 06:45am, kami pun menuju ke Dengkil dengan kenderaan masing-masing. Pot parking, umah makcik saudara Farid di Dengkil. Jam 07:00am masing-masing melabuhkan basikal & terus menuju ke kawasan permulaan. Kami berada di kelompok tengah, oklah tuu....Tepat jam 08:30am, kami dilepaskan dari garisan permulaan. Macam biasa, Farid & Kumar tidak berlengah lagi apabila memecut untuk mendapatkan tempat yang terbaik....jom kita layannnn...





Aksi-aksi di Starting Point sebelum dilepaskan. Kecerian jelas terpancar di wajah masing-masing. Masing-masing dengan hajat ingin sampai ke garisan penamat terlebih dahulu. Jamboree kali ini menjadi persaingan sihat antara Naim & Yus / Fahmi (sweeper) & Kamal (rescuer) / Farid & ehem-ehem....erkkk...apasal Farid & ehem-ehem????? Biarlah rahsia, wakakakaka.....









Wajah-wajah ceria lepas habis kayuhan. Agak menarik Jamboree kali ini, Farid berjaya mendapat tempat ke 16 untuk kategori Men Master (overall 55), dan berjaya membalas dendam. Naim pula berjaya mengalahkan Yus di saat-saat akhir di garisan penamat....manakala kami punya Rescuer, Kamal berjaya mengalahkan Sweeper, Fahmi. Macam biasa, nama dah sweeper mmg lah akhir siap boleh Selfie lagik kat kawasan kapal biji timah, kekekeke.....






Sekian, ceritera Jamboree kali ini.....perghhhhh....bestttt siotttt...kekekeke

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.