Khamis, 4 September 2014

Lagi Pengenalan Ahli Baru + Muntah + Melecet Punggung

Apaaa???? Melecet punggung???? Hahahaha.....kali ini kami bawa ahli baru pusing-pusing trail biasa kami untuk mengenalkan ahli baru offroad di waktu malam. Sebelum itu, Farid, Fahmi, Naim, Kamal & Yus telah pun setting satu kayuhan malam sebelum ini, last-last minit kawan si Yus ni dikenali dgn nama Zul pun nak join.

Nak dijadikan cerita macam biasa ngumpul di pot biasa Pondok Rukun Tetangga Taman Pinggiran Cyber. Tepat jam 09.30pm semuanya sampai ke lokasi. Eh, mana Fahmi? Hmmm, dia kata tak join, pegi swimming pulak!! Haihhh.....namun kayuhan diteruskan kami berlima menuju trail biasa, offroad belakang q-cell.

Bertemankan Cree Lights masing-masing, kami pun menempuh trail yg agak sederhana x-treme naik turun bukit dan sebagainya. Bagaimanapun, Zul telah menunjukkan tanda-tanda penat yg semakin nazak apabila mendaki bukit ke-2....kekekeke....cerita banyak tak guna, jom layan gamborrr....
Cian dia, muntah hijau slps panjat bukit....
Time bergambo nampak power pulak...
Kamal dancing slps berjaya melakukan aksi spt gambo dibawah
Ahhhhhh.....legaaaaaa....
Kayuhan diteruskan dan lepak minum di Al-Naz Maju Cyberjaya. Lebih kurang jam 12++am, kayuhan ditamatkan....sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.