Saturday, September 20, 2014

Kayuhan Suka-Suka Ikut Suka Dalam Hujan

Dah lama woo tak mandi hujan. Tak expect pun nak hujan, alih-alih baru masuk je hutan belakang q-cell tu, bummmm hujan selebat-lebatnya.... dah separuh jalan, alang-alang, kayuh jelah. Hihihi...janji asalnya kayuh ngan Geng-Geng Extreme Riders Puchong, alih-alih sorang je yang turnout join kitaorg. Kita org pun asalnya plan nak kayuh ke PCP, terpaksa ubah last minit oleh sebab musabab yang tidak dpt dielakkan.

Farid, Yus, Fahmi, Naim, Zul dan seorang lagi member dari Puchong, Fazly, kayuh layan trail belakang q-cell. Sekali-sekala kayuh offroad dlm hujan plak tu memang mencabar. Tayar senget, selut & sebagainya menambahkan lagi kesukaran berkayuh. Tengah sedap-sedap downhill, tiba-tiba tayar Fazly plak pancit. Mujur masing-masing buat persediaan secukupnya....Apa-apa pun, kita tetap enjoyyyyy......