Isnin, 29 September 2014

Harian Metro Mountain Bike GP 2014

Wohohoooo....Harian Metro Mountain Bike GP yang kedua berlangsung di Temerloh, Pahang. Farid selaku rider tunggal dihantar bagi mewakili geng-geng TPC. Yang peliknya, Farid mendaftar di bawah naungan Extreme Rider???? Namun, ada cerita disebalik cerita tuu...kekekeke. Harian Metro MTB GP yang pertama berlangsung di Kuala Kangsar, Perak, tapi tiada Rider dari TPC yang menyertainya.

Kali ini, Farid join Kumar Ramalingam (Extreme Rider) ke Temerloh. Seawal jam 04:45am derang dah gerak dari Puchong ke Temerloh, Pahang. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam setengah.
Tengok hadiahnya....menarikkan?? Tapi apa boleh buat, kami ni rider slow-slow je, nak naik podium....hmmmm mimpi jelah, kekekeke....Apa-apa pun, menurut kata Farid, trailnya mantop, marking jalan hebat, & krew-krew di belakang tabir semuanya "perfect" belako...hehehe
Ini je preparation Farid utk Harian Metro??? WTF???
Singgah di Hentian Lebuhraya menunaikan fardu Subuh....
Lebih kurang jam 07:30am, Farid & Kumar sampai di Temerloh. Sampai-sampai je terus bersiap menuju ke garisan permulaan. Nah amik ko, bermula kat beelaaakaaaaanggggg sekali...hahahaha...apa-apa pun, Harian Metro Jamboree memey best gilor lah....





Sedikit aksi-aksi Farid dalam trail yg sempat dirakam abg cameraman Cyclomotion. Mencungap ko tanjat bukit, hahahahaa...






Begitulah sedikit-sebanyak gambar-gambar yg sempat diambil untuk Temerloh kali ini. Farid overall no. 85 (Men Open no. 49), manakala Kumar overall no. 74 (Veteren no. 11). Tunggu punya tunggu ingatkan Kumar dpt naik podium, rupa-rupanya no. 11 hingga no. 20 boleh amik hadiah kat meja pengurusan aje. Buat ponek je nunggu. Apalagi, amik hadiah terus blah ler....kekeke..
No. plet Farid

No. Plet Kumar...
Sekian....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.