Isnin, 29 September 2014

Seri Pajam Funride 2014

Ride Today For Leaders of Tomorrow. Yeah, kayuh hari ini untuk ketua keesokkannyer....cam buruk je bunyinye dlm Bahasa Melayu. Hahahaha....apa-apa pun kayuhan ni memang enjoy sangat. Nama je funride tapi kami berenam masing-masing enjoy the ride. Farid, Fahmi, Kamal, Yus, Naim & Zul menyertai Funride kali ini. Asalnya yang register sampai sembilan orang, tapi akhirnya yang muncul muka-muka biasa ni jugak...hehehehe..

Pukul 06:30 pagi kami dah bersedia kat post kawalan rukun tetangga Taman Pinggiran Cyber. Masing-masing dengan kereta masing-masing (kecuali Fahmi & Zul yg tunggu disana). Tepat dlm pukul 07:00 pagi kami pun sampai di Nada Alam Sales Gallery, Nilai. Sampai je masing-masing perut lapau kasi hamtam juadah yang disediakan pihak penganjur.

Tepat jam 08:00 pagi, kami pun dilepaskan.....



































Kami semua sangat happy-happy pada kayuhan kali ini, walaupun jaraknya boleh kata agak jauh, iaitu sejauh 38+-km, tapi semuanya berakhir dengan kepuasan di jiwa masing-masing. Medal, makanan & hadiah lucky draw semuanya cantik menarik tertarik kau memang dabooooommmm.......pewwwww

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Xkan baca je. Komen lah sikit.